The Proof that Islam is The Truth

--> Abdurraheem Green embarks on a journey, a journey to take you through a very amazing and interesting topic and that is the proof that Islam is the Truth.

Perkongsian yang baik: Kisah Malek Noor

~

"30 tahun alpa kemewahan dunia, suara azan ubah kehidupan Malek Noor"... Tajuknya sungguh membuat saya rasa ingin tahu. Kenapa? Selama ini Malek Noor bagaimana pula eh?




















"Ternyata, selama ini Tuhan banyak menduga dan memberi ujian kepadaku. Juga sudah puas aku mencabar diri sendiri. Aku diberi penuh kesenangan, penuh kebendaan, keagongan dan populariti. Aku tahu selama ini aku bukan seorang hamba yang baik. Bukan sahaja menghalalkan makanan dan minuman haram, malah juga dalam kehidupan seharian. Cakap saja apa kereta mewah yang tidak pernah aku miliki, apa saja keseronokan dunia yang tidak pernah aku kecapi. Semasa tinggal di Las Vegas, Amerika Syarikat, hotel 5 bintang, 7 bintang sudah jemu aku diami. Atas dan bawah peta dunia, keliling dunia sudah kukunjungi. Bahkan aku pernah mengunjungi gereja semata-mata untuk mencari 'sesuatu', namun Tuhan masih sayang akan aku.........."













"Begitu aku sudah bertemu ketenangan kala bersujud kepadaNya, aku sudah tidak memandang diri ini Malek Noor yang diagong-agongkan, yang telah beberapa kali memenangi gelaran Mr Asia, seorang pelakon, penyanyi atau selebriti...."









"Bahkan terus-terang, aku sendiri berasa malu untuk menonton semula filem yang pernah aku lakonkan sebelum ini. Untuk mengimbas setiap satu apa yang pernah aku lalui dan lakukan dahulu pun aku malu sendiri...."









"Memang aku belajar dan dididik tentang agama sejak dari kecil lagi. Namun, apabila usia menginjak dewasa, godaan syaitan begitu kuat. Aku tidak amalkan banyak perkara wajib seperti puasa dan solat lima waktu sedangkan aku sudah dididik tentang itu. Kalau puasa pun, puasa 'main-main'. Kadang-kadang solat Jumaat dibuat, tapi tidak solat lima waktu. Aku tahu kesilapan sekalipun ada yang bertanya tidak malukah membuka pekung sendiri? Aku hanya beritahu, Allah lagi suka hambaNya yang tidak malu mengaku kesilapannya. Seorang manusia yang baik itu adalah seorang yang mengaku kekhilafannya. Aku tidak takut mengakui kesilapan lalu kerana Tuhan telah mengadilinya dan telah menunjukkan jalan yang benar...."









"Sekalipun sudah mula dapat menjejak jalanNya, namun dugaan dan cubaan tetang datang. Di peringkat awal terutamanya semasa aku masih di Hong Kong dan hanya sesekali balik ke Malaysia, aku masih belum cukup kuat untuk melawan nafsu. Aku masih kalah kepada kehidupan dan persekitaran. Namun, Tuhan tetap memberi peluang untukku. Lalu aku berdoa Allah kembalikan aku ke Malaysia. Aku tidak mahu lagi mengharungi cara hidup sebegini..."









"Alhamdulillah, kini apa yang tidak pernah aku buat dulu sudah mula kujadikan amalan hidup seharian. Ia benar-benar memberi nur yang tidak pernah ku perolehi sebelum ini. Hidupku kini berbeza dengan hidup masa lalu. Kini Allah 24 jam berada di dalam kepalaku. Kalau tidak melakukan solat, aku berasa sangat bersalah...."









"Aku bersyukur kerana Allah telah membuka pintu hati ini segera kembali ke pangkal jalan sebelum diri ini terlewat. Bukan tidak pernah ada yang memberi nasihat, namun ia umpama angin lalu. Malah arwah emak, Jariah Ahmad semasa hayatnya bukan tidak pernah mengingatiku. Masih terngiang jelas di telinga katanya, "Lek, kau ni hidup senang, ingat-ingatlah Tuhan. Sembahyang." Tapi aku buat tak endah. Bahkan sehingga kedua-dua orang tua ku pergi menghadap Ilahi pun aku masih belum sedar lagi dibuai duniawi sehinggalah suara azan itu.."













"Anehnya juga, sejak aku kembali kenal tikar sembahyang dan bermunajat kepadaNya, kerap kali arwah emak datang ke dalam mimpiku. Ada kalanya arwah tersenyum memandangku, menabur bunga emas kepadaku, malahan memimpin tanganku mengelilingi kaabah. Bagitu juga arwah ayah. SubhanAllah."
























Lagi kisah Malek Noor di sini. Sekian. Salam..











0 comments:

mes amis

Life is journey, From baby to adulthood, From ignorant to knowledgable, From bad to excellent, From imperfect to perfect, From unfriendly to friendly, From unforgiving to forgiving, From this world to hereafter, From meeting mankind to final distination to meeting Allah